3 hari berturut2 aku masuk wad yang berlainan tetapi ada jep patient yg meninggal dunia..is dat wat we called badi??? ## ini adlh artikel yg aku petik dari blog http://grenbara.bravejournal.com/ 
 BADI DALAM MASAYARAKAT MELAYUOlehPROF. DR.HARON DINKlinik Darussyifa’ Bangi  Ada satu gejala yang lumrah  diketahui  umum oleh orang Melayu yang boleh menyebabkan seseorang itu sasau dan  akhirnya mungkin menjadi gila. Gejala itu dikenali sebagai badi. Tidak  ada definisi khusus vang boleh diperturunkan untuk menghuraikan  maksudnya dengan tepat. Walau demikian, menurut yang difahami oleh orang  Melayu badi ialah. Satu kekuatan atau kuasa jahat yang ada pada binatang-binatang tertentu yang boleh menyebabkan kecelakaan kepada manusia yang cuba menyakiti atau membunuh binatang-binatang tersebut. Badi juga dipercayai wujud pada mayat.  Boleh  dikatakan kebanyakan binatang hutan mempunyai badi. Oleh sebab itu  binatang tersebut tidak boleh dibunuh dan dibawa pulang ke rumah tanpa  petua petua tertentu. Ayam hutan. Kancil, rusa dan kijang dianggap  mempunyai badi yang kuat. Begitu  juga dirujuk kepada binatang binatang tertentu seperti rusa, kijang  dan ayam hutan yang dikatakan menjadi binatang belaan makhluk-makhluk  halus yang akan bertindak melindunp binatang peliharaannya ketika  binatang itu diburu. Dan sinilah kadang-kadang terjadinya kejadian yang  ganjil-ganjil ketika seseorang itu menembak binatang. seseorang itu  mungkin menghalakan senapangnya kepada satu objek yang dilihatnya benar  benar seperti rusa, tetapi apabila ditembak didapati bayangan manusia  pengganti rusa. Ataupun mungkin objek itu dilihatnya seperti rusa,  tetapi apabila ditembak. didapati yang terbunuh ialah kawannya sendiri.  Banyak orang yang pergi memburu tidak menemui jalan  balik untuk beberapa hari. Hal itu mungkin berlaku akibat perbuatan makhlukm,'ikhluk halus. Menembak ayam Ada  juga orang yang menembak ayam hutan, sebaik-baik sahaja ayam  menggelupur dan mati, anaknya di rumah turut sama mati tanpa sebab. Cara  kematian anak di rumah menyerupai kelakuan ayam yang menggelupur  kesakitan di hutan. Ada  juga orang yang berburu dan menembak ayam tepat pada sasarannya. Ayam  kelihatan menggelupur, bulu-bulu bertaburan tetapi bangkai ayam tidak  ada apabila dihampiri. Badannya terasa ngeri dan takut diikuti dengan  rasa seram sejuk, menggigil dalam perjalanan pulang lalu demam. Ketika  hendak tidur, ia merasakan berpuluh-puluh ekor ayam hutan datang memagut  biji mata dan kepalanya. Hal tersebut menyebabkannya tidak siuman, lalu  menjerit-jerit meminta tolong yang akhirnya membawa kepada gila. Ikan merah Menurut  kepercayaan Orang Laut pantai barat, negeri Johor. ikan juga mempunyai  badi. lkan vang dikatakan kuat badinya ialah ikan merah yang ganjil  daripada biasa. lkan ini mempunyai sisik yang terbalik atau sisiknya  tegak. Sekiranya ikan merah seumpama ini ditangkap, ia hendaklah dipukul  teriebih dahulu, atau dijirus dengan air sejuk dari kepala hingga ke  ekor beberapa kali hingga sisiknya kembali normal. lkan  merah yang memakan anak ikan yang masih hidup dalam mulutnya juga tidak  boleh diusik. lkan yang masih hidup itu tidak boleh dikeluarkan dari  mulutnya. Kalau ini dilakukan, pelakunya akan terkena badi. Pernah  terjadi nelayan yang cuba  mengeluarkan anak ikan yang masih hidup dari mulut ikan merah telah  terkena badi. Kemudian menyebabkannya tidak sedarkan diri di tempat  kejadian itu. Matanya terbeliak putih, tangannya asvik memegang lehernya  meminta tolong kerana terlalu kesakitan. Selain badi binatang, orang-orang Melayu   mempercayai  adanya badi manusia, terutamanyaa pada orang yang mati berdarah.  seperti kerana kemalangan, akibat pergaduhan dan lain-lain lagi. Badi  orang mati mudah mengena kepada orang yang lemah semangat, seperti kanak  kanak dan perempuan, terutamanya   perempuan yang  sedang mengandung. Begitu juga dengan orang sakit, terutamanya sakit  yang berpunca daripada angkara makhluk-makhluk halus. Mereka tidak  dibenarkan melawat orang mati, ditakuti akan terkena badi. Di kalangan  Orang Asli Segamat dan Muar, orang yang sakit dan dalam jagaan pawang  atau bomoh tidak dibenarkan melawat orang mati. Ditakuti kuman orang  mati itu akan menjangkit orang yang sakit tadi dan menyebabkannya mati  tidak lama selepas itu. Orang  yang kena badi mayat akan merasa badannya panas, sukar hendak tidur  malam, kemudian meracau bercakap sendiri yang akhirnya boleh menjadi  sasau atau gila. Badan menjadi kurus kering seperti mayat kerana  kehilangan selera makan dan tidak cukup tidur, juga kerana ada  gangguan. Gambaran orang mati dan tanah kubur dirasai selalu  menghantuinya pada setiap kali hendak tidur. Orang  yang terlibat dengan urusan mayat, sama ada mayat biasa, atau mayat  yang luar biasa seperti mayat yang telah busuk, dihanyutkan air dan  ditemui setelah beberapa hari, atau mayat yang mengerikan, perlukan  ketabahan dan keberanian. Jangan dipaksa atau diberani-beranikan kalau  seseorang itu merasakan tidak boleh berbuat demikian. p/s : lecturer aku prnh pesan,in case wt LO,and hadapi kskaran tuk btulkan tgn patient,mtk dgn sopan pd empunya body supya lmbutkan tgn coz wlupun dh tiada di dunia ni,pndgran adlh bnd plg las yg brfgsi.. and aku prnh buat...ianya brhasil...wallahualam....
 
 
 Assalamualaikum..
ini blog cik misi yg berasal dr kamPong  yg ada impian utk mtk transfer kije ke Kelantan coz dh jemu at KL wlopon itu tak mungkin.sekian.
✔ mom to be in June.. insyaAllah
✔ beloved wife for my imam
✔ proud 2b KELANTANESSE
✔ ⓛⓞⓥⓔ KIDS
Assalamualaikum..
ini blog cik misi yg berasal dr kamPong  yg ada impian utk mtk transfer kije ke Kelantan coz dh jemu at KL wlopon itu tak mungkin.sekian.
✔ mom to be in June.. insyaAllah
✔ beloved wife for my imam
✔ proud 2b KELANTANESSE
✔ ⓛⓞⓥⓔ KIDS
4 comments:
serammm :( selalu org ckp bila balik dr kubur terus cuci kaki, terus pergi mandi. takut badi mayat terlekat. btw dear, i pakai template mcm u. cuma tambah background sahaja.
comey gapo yah?/x fhm lgi kawe??/
psal badi ruh bk kta ma jgn risau yg pnting bnyakkan bribadat
owh.,..tx liyana...juz tkr bckground sje meh...tx..
ha'ah...mmg seram...tp bila dh biase tgk owg mnggal dpn mte,tryin to sve their life,n xdpt..uruskn myt uh..da jd biase...cma mmg blik hstel,bdn cnfirm seram sjuk..nk dmm...
hani..cmel la..ado pok katok..ngee~~
ok2..baek la..oyt ko ma uh
Post a Comment