3 hari berturut2 aku masuk wad yang berlainan tetapi ada jep patient yg meninggal dunia..is dat wat we called badi??? ## ini adlh artikel yg aku petik dari blog http://grenbara.bravejournal.com/
BADI DALAM MASAYARAKAT MELAYUOlehPROF. DR.HARON DINKlinik Darussyifa’ Bangi Ada satu gejala yang lumrah diketahui umum oleh orang Melayu yang boleh menyebabkan seseorang itu sasau dan akhirnya mungkin menjadi gila. Gejala itu dikenali sebagai badi. Tidak ada definisi khusus vang boleh diperturunkan untuk menghuraikan maksudnya dengan tepat. Walau demikian, menurut yang difahami oleh orang Melayu badi ialah. Satu kekuatan atau kuasa jahat yang ada pada binatang-binatang tertentu yang boleh menyebabkan kecelakaan kepada manusia yang cuba menyakiti atau membunuh binatang-binatang tersebut. Badi juga dipercayai wujud pada mayat. Boleh dikatakan kebanyakan binatang hutan mempunyai badi. Oleh sebab itu binatang tersebut tidak boleh dibunuh dan dibawa pulang ke rumah tanpa petua petua tertentu. Ayam hutan. Kancil, rusa dan kijang dianggap mempunyai badi yang kuat. Begitu juga dirujuk kepada binatang binatang tertentu seperti rusa, kijang dan ayam hutan yang dikatakan menjadi binatang belaan makhluk-makhluk halus yang akan bertindak melindunp binatang peliharaannya ketika binatang itu diburu. Dan sinilah kadang-kadang terjadinya kejadian yang ganjil-ganjil ketika seseorang itu menembak binatang. seseorang itu mungkin menghalakan senapangnya kepada satu objek yang dilihatnya benar benar seperti rusa, tetapi apabila ditembak didapati bayangan manusia pengganti rusa. Ataupun mungkin objek itu dilihatnya seperti rusa, tetapi apabila ditembak. didapati yang terbunuh ialah kawannya sendiri. Banyak orang yang pergi memburu tidak menemui jalan balik untuk beberapa hari. Hal itu mungkin berlaku akibat perbuatan makhlukm,'ikhluk halus. Menembak ayam Ada juga orang yang menembak ayam hutan, sebaik-baik sahaja ayam menggelupur dan mati, anaknya di rumah turut sama mati tanpa sebab. Cara kematian anak di rumah menyerupai kelakuan ayam yang menggelupur kesakitan di hutan. Ada juga orang yang berburu dan menembak ayam tepat pada sasarannya. Ayam kelihatan menggelupur, bulu-bulu bertaburan tetapi bangkai ayam tidak ada apabila dihampiri. Badannya terasa ngeri dan takut diikuti dengan rasa seram sejuk, menggigil dalam perjalanan pulang lalu demam. Ketika hendak tidur, ia merasakan berpuluh-puluh ekor ayam hutan datang memagut biji mata dan kepalanya. Hal tersebut menyebabkannya tidak siuman, lalu menjerit-jerit meminta tolong yang akhirnya membawa kepada gila. Ikan merah Menurut kepercayaan Orang Laut pantai barat, negeri Johor. ikan juga mempunyai badi. lkan vang dikatakan kuat badinya ialah ikan merah yang ganjil daripada biasa. lkan ini mempunyai sisik yang terbalik atau sisiknya tegak. Sekiranya ikan merah seumpama ini ditangkap, ia hendaklah dipukul teriebih dahulu, atau dijirus dengan air sejuk dari kepala hingga ke ekor beberapa kali hingga sisiknya kembali normal. lkan merah yang memakan anak ikan yang masih hidup dalam mulutnya juga tidak boleh diusik. lkan yang masih hidup itu tidak boleh dikeluarkan dari mulutnya. Kalau ini dilakukan, pelakunya akan terkena badi. Pernah terjadi nelayan yang cuba mengeluarkan anak ikan yang masih hidup dari mulut ikan merah telah terkena badi. Kemudian menyebabkannya tidak sedarkan diri di tempat kejadian itu. Matanya terbeliak putih, tangannya asvik memegang lehernya meminta tolong kerana terlalu kesakitan. Selain badi binatang, orang-orang Melayu mempercayai adanya badi manusia, terutamanyaa pada orang yang mati berdarah. seperti kerana kemalangan, akibat pergaduhan dan lain-lain lagi. Badi orang mati mudah mengena kepada orang yang lemah semangat, seperti kanak kanak dan perempuan, terutamanya perempuan yang sedang mengandung. Begitu juga dengan orang sakit, terutamanya sakit yang berpunca daripada angkara makhluk-makhluk halus. Mereka tidak dibenarkan melawat orang mati, ditakuti akan terkena badi. Di kalangan Orang Asli Segamat dan Muar, orang yang sakit dan dalam jagaan pawang atau bomoh tidak dibenarkan melawat orang mati. Ditakuti kuman orang mati itu akan menjangkit orang yang sakit tadi dan menyebabkannya mati tidak lama selepas itu. Orang yang kena badi mayat akan merasa badannya panas, sukar hendak tidur malam, kemudian meracau bercakap sendiri yang akhirnya boleh menjadi sasau atau gila. Badan menjadi kurus kering seperti mayat kerana kehilangan selera makan dan tidak cukup tidur, juga kerana ada gangguan. Gambaran orang mati dan tanah kubur dirasai selalu menghantuinya pada setiap kali hendak tidur. Orang yang terlibat dengan urusan mayat, sama ada mayat biasa, atau mayat yang luar biasa seperti mayat yang telah busuk, dihanyutkan air dan ditemui setelah beberapa hari, atau mayat yang mengerikan, perlukan ketabahan dan keberanian. Jangan dipaksa atau diberani-beranikan kalau seseorang itu merasakan tidak boleh berbuat demikian. p/s : lecturer aku prnh pesan,in case wt LO,and hadapi kskaran tuk btulkan tgn patient,mtk dgn sopan pd empunya body supya lmbutkan tgn coz wlupun dh tiada di dunia ni,pndgran adlh bnd plg las yg brfgsi.. and aku prnh buat...ianya brhasil...wallahualam....
4 comments:
serammm :( selalu org ckp bila balik dr kubur terus cuci kaki, terus pergi mandi. takut badi mayat terlekat. btw dear, i pakai template mcm u. cuma tambah background sahaja.
comey gapo yah?/x fhm lgi kawe??/
psal badi ruh bk kta ma jgn risau yg pnting bnyakkan bribadat
owh.,..tx liyana...juz tkr bckground sje meh...tx..
ha'ah...mmg seram...tp bila dh biase tgk owg mnggal dpn mte,tryin to sve their life,n xdpt..uruskn myt uh..da jd biase...cma mmg blik hstel,bdn cnfirm seram sjuk..nk dmm...
hani..cmel la..ado pok katok..ngee~~
ok2..baek la..oyt ko ma uh
Post a Comment