Thursday, June 18, 2009

::lOve $tory of Father's dAy::

Selamat hari bapa….

Ayah,abah,papa,bapa,daddy,abi,apak,otosan ke ,sume tu adalah panggilan kpd lelaki yg sudah pon mempunyai anak..

sebut saje nma ayah,anak pasti akan berhati-hati…bkn nape,ayah selalunya tegas dan penuh disiplin…kdg2 tu,dlm byk hal,ayahla pemutus atau pon yg mmbuat ppe kptusan pnting lam ssbuah fmily tu…

Act,ayah jrang tunjukkan scra zahirnya die syg pd ank2 but hakikatnya,mmg die sygkn anak2 malah kdg2 ade ayah yg lagi caring dr seorg ibu..kdg2 jgk,ayah x byk ckp,tp byk tindakan…



gambar time fmily day pjbt ma.. zmn dolu2 la...abah yg penyayang sgt2 wlopon grang cm Hitler...hoho




macam A.B.A.H aku,..sjak dulu lagi,kitorg di asuh dan di didik dgn ktegasan n disiplin..ingt lagi zaman kcik2 dulu..x lgkap rsanya klu xde rotan di tgn abah…x ckup dgn rotan,abah akan capai ppe je utk beri ‘habuan’ pd kitorg..cthnya,penyapu lidi,btg paip,pembaris besi...byk lagi la..but bnd tu la yg tlh byk bjsa n bri kesan pd aku n adik brdik yg laen smpai skunk..sakit??mmgla skit,tp tu la blsan bg smthin yg tlh kitorg wat..

aku perasan,stiap kli abah merotan kitorg,abah mst tgk2 jgk ksan rotan tu tkut2 teruk sgt…wlaupun die sllu ckp mcm ni. “padan muke tu..buat lagi klu nk roti pjg”..naluri seorg bpa wlaupun tidak seistimewa seorg ibu,tp mereka juga la yg mmbentuk anak2…abah sgtla tegas,dgn muka yg garang tp die jgkla yg sllu jd tmpt kitorg mgadu msalh.. mcm aku jgk la,ppe hal klu dok kt kolej uh,aku mst cal abah..tenang je wase dpt dgr abah bg nshat…mak aku lbihkn prhatian pd adik2 ku yg kcik tu,n sbb tu abah la tmpt aku bmnje…wahaha…bmnje…

til now,abah msih guna cra sma utk adik2 aku cuma tidak setegas dlu..mungkin abah da penat…tmbh pula usia yg mkin mngkat..mayb sbb ni ar,adek2 yg kt bwh aku degil n keras kpale..diorg gk leh buat abah aku mcm kwn diorg…x mcm akak2 n abg die,yg mang tkut wat slh,cz hrmatkn abah..yg plg aku sdih,adek aku c comel tu..suke wat abah aku pning kpla dgn mslh2 die..ntah bile die nk insaf n sdar…adakh nk tggu abah pergi dulu??aku wase time tu,da x de guna klu die nk trik blik sume yg die da wat kt abah…tp,abah still leh snyum,sembunyikan sume tu dr ank2 die yg laen..btape mulianya ati seorg bpa kn..abah siap dmm lgi cz pk kn dak tu tp die ttp mcm tu jgk,xde prubhan..mnitis airmata aku tiap kali tgk pakcik2 naek mtor anta n amik anak2 kt skolah..tringt kt abah aku..betapa sbrnye die mmbesarkn anak2 die…mrah2 jgk,tp kttorg ttp anak die…biasenya,abah akn hntar nsi dgn ayam grng kicap utk adek aku yg stil skola rndah tu sblum diorg msuk klas fardhu ain…abah rela hbiskn msa siapkn mknn utk mreka,naek mtor tgh2 pnas spya dpt anta bekal tu tpat msa tkut ank2 lapar…but,pnh ke adik2 aku pk kn abah??wallalhualam…

Wednesday, June 17, 2009

::i'm fall in luv wif....::♥♥

♥besnyer dpt layan lagu nie..lirik die fuh...mmg bes lorh wlupun simple je..aku suke sgt K ci &jojo nie..diorg mmg nynyi lagu sume bes2 wlaupon muke x kacak...eley,klu muke kacak tp lagu x besh cm eminem tu,wat npe?? (kacak ke beliau??huhu) jgn mare ek klu sape2 suke dgn eminem tu ek..but aku mang x suke mmat tu..lagu ntah ppe...
♥lagi besh klu de boyz request lagu nie utk aku @ nynyikan utk aku..cnfirm aku jtuh lorh..jtuh cnta lgi..lag2 ku jth cnta..hoho...newey,kowg dgr la lagu ni ek..layannnnnnnnnnnnnn





Download Youtube Video Clip K Ci & Jojo - All My Life



I will never find another luva sweeta than you,

Sweeta than you

And I will never find anutha luva more precious than you

More precious than you

Girl you are

Close to me you’re like my mother

Close to me you’re like my father

Close to me you’re like my sister

Close to me you’re like my brutha

You are the only one my everything and for you this song I sing


And all my life

I’ve prayed for someone like you

And I thank God that I, that I finally found you

All my life

I’ve prayed for someone like you

And I hope that you feel the same way too

Yes, I pray that you do love me too


I said you’re all that I’m thinkin’ of…..baby


Said, I promise to never fall in love with a stranger

You’re all I’m thinkin’ of, I praise the Lord above

For sending me your love, I cherish every hug

I really love you


And all my life, baby, baby, I’ve prayed for someone like you,

And I thank God that I, that I finally found you, baby

All my life I’ve prayed for someone like you

And I hope that you feel the same way too

Yes, I pray that you do love me


You’re all that I ever known

When you smile, on my face, all I see is a glow

You turned my life around

You picked me up when I was down

You’re all that I ever known

When you smile on your face all I see is a glow

You picked me up when I was down

You’re all that I ever known

When you smile on your face all I see is a glow

You picked me up when I was down

And I hope that you feel the same way too

Yes I pray that you do love me too


All my life

I’ve prayed for someone like you

And I thank God that I, that I finally found you

All my life I’ve prayed for someone like you

Yes, I pray that you do love me too

All my life I’ve prayed for someone like you

And I thank God that I, that I finally found you

All my life I’ve prayed for someone like you

Yes, I pray that you do love me too



Koleksi Valentine Special "Love Songs" yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu K Ci & Jojo - All My Life



http://vidrec.com/?v=LFhEL-hjxqs

Tuesday, June 16, 2009

::sape2 yg merokok tu,jom try ujian ni::

Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin

1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
o Dalam masa 5 minit (3 mata)
o 5 hingga 30 minit (2 mata)
o 31 hingga 60 minit (1 mata)
o Selepas 60 minit (0 mata))

2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
o Ya ( 1 mata)
o Tidak ( 0 mata)

3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai
o Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
o Sebarang masa ( 0 mata )

4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
o 10 atau kurang ( 0 mata )
o 11 hingga 20 ( 1 mata )
o 21 hingga 30 ( 2 mata
o 31 atau lebih ( 3 mata)

5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
o Ya ( 1 mata )
o Tidak ( 0 mata

6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
o Ya ( 1 mata )
o Tidak ( 0 mata )


Pemarkahan:
o 7 hingga 10 mata = sangat bergantung
o 4 hingga 6 mata = sederhana
o Kurang dari 4 mata= minima

::jOm amalkn cara hidOp sihat::

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
• Makan secara sihat
• Tidak merokok
• Lakukan aktiviti fizikal
• Belajar menangani stress

Faedah cara hidup sihat:
• Meningkatkan status kesihatan anda
• Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
• Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
• Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..

Makan Secara Sihat
• Nikmati pelbagai jenis makanan
• Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
• Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
• Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian::
Bijirin, produk bijirin dan ubi
½ cawan nasi (putih atau perang)
½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
1½ keeping capati
½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran Buah-buahan
½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
½ cawan sayur buah/berakar (dimasak) ½ biji jambu berukuran sederhana
1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju Ikan, ayam dan daging
1 gelas susu
1 cawan dadih
1 keping keju 1 ketul paha ayam saiz sederhana
1 ketul paha ayam saiz sederhana
2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
5 sudu besar ikan bilis

Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
• Yakinkan diri
• Buat nota peringatan
• Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
• Tumpukan pada hari ini
• Sentiada berfikiran positif
• Dapatkan sokongan
• Lawan keinginan untuk merokok
• Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
• Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
o Melengahkan-lengah
o Minum banyak air
o Menarik nafas panjang
o Membuat sesuatu
o Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
o Mengunyah sesuatu
o Membasuh tangan
o Mandi dengan kerap
o Melakukan senaman regangan
o Memohon doa

Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
• Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
• Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
• Berjalan kaki
• Aktiviti regangan
• Aktiviti berkebun yang ringan
• Berjalan laju
• Berbasikal
• Berenang
• Menari
• Lompat tali
• Aerobik
• Berlari-lari anak
• Turun naik tangga

Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
F ► Frequency : (Kekerapan) 3 – 5 kali seminggu
I ►Intensity (Effort) : (Kehebatan) Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
T ►Time : (Masa) Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
T ►Type : (Jenis) Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
• Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
• Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
• Kenal pasti kenapa anda marah
• Cuba dengar penjelasan orang lain
• Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
• Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
• Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
• Berfikir secara positif
• Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
• Belajar menyukai diri sendiri
• Belajar bertenang
• Adakan hobi
• Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
• Dapatkan tidur yang cukup
• Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
• Bersifat tegas/asertif
• Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda