Tuesday, June 16, 2009

::sape2 yg merokok tu,jom try ujian ni::

Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin

1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
o Dalam masa 5 minit (3 mata)
o 5 hingga 30 minit (2 mata)
o 31 hingga 60 minit (1 mata)
o Selepas 60 minit (0 mata))

2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
o Ya ( 1 mata)
o Tidak ( 0 mata)

3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai
o Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
o Sebarang masa ( 0 mata )

4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
o 10 atau kurang ( 0 mata )
o 11 hingga 20 ( 1 mata )
o 21 hingga 30 ( 2 mata
o 31 atau lebih ( 3 mata)

5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
o Ya ( 1 mata )
o Tidak ( 0 mata

6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
o Ya ( 1 mata )
o Tidak ( 0 mata )


Pemarkahan:
o 7 hingga 10 mata = sangat bergantung
o 4 hingga 6 mata = sederhana
o Kurang dari 4 mata= minima

1 comment:

Anonymous said...

bgus2...leh aqu try ujian nie